
Beliau berkata, kekecewaan mereka dilihat diluahkan secara terbuka di khalayak dan media sosial.
“Mereka terkejut dan kecewa kerana urusan kahwin misalnya bermula 1 Julai kena SST 8%. Sewa dewan kena cukai, sewa baju pengantin kena cukai, sewa katering pun kena cukai.
“Semua dasar-dasar ini menekan rakyat tapi kerajaan seperti tidak peduli dan hidup dalam sindrom penafian,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Peluasan SST berkuat kuasa 1 Julai ini akan meluaskan asas percukaian untuk merangkumi lebih banyak barangan import dan perkhidmatan, sambil mengekalkan barangan keperluan asas bebas cukai bagi meminimumkan tekanan inflasi.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican, berkata SST yang diperluaskan itu dijangka meningkatkan hasil sebanyak RM5 bilion pada 2025 dan RM10 bilion pada 2026.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan memaklumkan kadar cukai sifar bagi keperluan asas dikekalkan manakala kadar antara 5% hingga 10% dikenakan ke atas barangan bukan keperluan.
Cukai perkhidmatan (ST) pula akan diperluaskan merangkumi sewaan, pajakan, pembinaan, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan swasta dan pendidikan.
Bagaimanapun, perkhidmatan terutama membabitkan warga Malaysia terus dikecualikan ST antaranya jagaan kesihatan awam dan swasta.