
Masiung Banah, naib presiden komponen utama GRS, Parti Gagasan Rakyat Sabah, bagaimanapun berkata rundingan pengagihan kerusi masih diadakan.
Menurutnya, sebahagian daripada lapan komponen GRS tidak mengemukakan senarai calon cadangan mereka
“Pengagihan kerusi masih dirundingkan. Tetapi, GRS perlu bertanding sekurang-kurangnya 53 kerusi, manakala PH mungkin bertanding baki 20 kerusi.
“Perkara itu akan diperincikan dalam mesyuarat Majlis Presiden GRS-PH akan datang,” katanya menurut Daily Express.
Adun Kuamut itu berkata, beliau tidak terbabit secara langsung dalam mesyuarat GRS, tetapi Pengerusi gabungan berkenaan dan Presiden Gagasan Rakyat, Hajiji Noor sentiasa memaklumkan kepimpinan parti berhubung perkembangan terkini.
Bulan lalu, sekretariat kerajaan perpaduan mengumumkan Barisan Nasional (BN) dan PH setuju bekerjasama menghadapi PRN Sabah akan datang susulan pertemuan Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.
Hajiji mengugut GRS akan bertanding solo jika kerjasama itu dimuktamadkan, tetapi Anwar tampil menggesa PH-BN bekerjasama dengan gabungan Sabah itu.
Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin dilaporkan berkata, gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan GRS untuk PRN akan datang, tetapi akan mempertimbangkan kerjasama hanya selepas keputusan PRN diumumkan.
Masiung dilaporkan berkata, GRS pun berhasrat berbuat demikian.