
Dalam serbuan kira-kira 2.30 petang itu, PPM turut menahan lima lelaki berusia 29 hingga 67 tahun yang sedang memindahkan minyak diesel dari tangki skid ke dalam lori.
Menurut Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Nazri Ibrahim berkata, pemeriksaan di lokasi menemukan sejumlah 13,500 liter diesel yang disyaki cuba diseleweng.
“Semua suspek gagal menunjukkan sebarang permit dan lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Turut dirampas beberapa kenderaan yang disyaki digunakan dalam kegiatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.