‘Saya tak terbabit politik sepanjang 38 tahun dalam PDRM,’ kata KPN

‘Saya tak terbabit politik sepanjang 38 tahun dalam PDRM,’ kata KPN

Khalid Ismail berkata syarikat media yang melakukan kesilapan membabitkan profilnya telah memohon bertemu dengannya.

khalid ismail
Khalid Ismail berharap hubungan polis dan media dapat diteruskan untuk manfaat bersama. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Ketua Polis Negara Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah terlibat dalam politik sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam pasukan itu.

Mula menjalankan tugas itu hari ini, Khalid berkata perkara terbabit juga telah disahkan Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh menerusi kenyataan media, semalam.

“Selama 38 tahun dalam PDRM, saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik,” katanya mengesahkan syarikat media yang membuat kesilapan itu menerusi satu infografiknya telah memohon bertemu dengannya.

“Saya berharap hubungan rapat dan akrab perlu diteruskan antara polis bersama wartawan kerana ia menjadi pokok utama memberikan laporan terbaik bukan sahaja kepada PDRM tetapi semua agensi kerajaan.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis perhimpunan Kementerian Dalam Negeri.

Semalam, akhbar tempatan itu memohon maaf dengan menjelaskan mendapati kesilapan itu berpunca daripada tindakan seorang staf di Unit Media Sosial.

Kakitangan itu dikatakan menggunakan templat reka bentuk lama, yang pernah digunakan dalam poster melibatkan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul sebelum ini, yang menjadi ahli PKR dan bekas ketua PKR Kedah.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan memanggil wakil akhbar terbabit untuk memberi penjelasan.

Menurutnya, ruang itu juga akan digunakan untuk memaklumkan  pelaporan berkenaan hanya akan memberi kesan besar kepada masyarakat.

Terdahulu Saifuddin dalam ucapannya berkata sepanjang berada dalam PKR beliau tidak pernah bertemu dengan Khalid.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.