Budak perempuan 9 tahun maut disyaki didera

Budak perempuan 9 tahun maut disyaki didera

Pesakit dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapa tiri.

abuse
Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata kanak-kanak itu patah kaki dan terdapat kesan lebam di kepala dan badan meninggal dunia di sebuah hospital swasta. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Kanak-kanak perempuan sembilan tahun yang dikesan patah kaki dan lebam di kepala maut dipercayai didera.

Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes kira-kira 10.15 pagi tadi, selepas doktor merawat memaklumkan mangsa meninggal dunia pada 9.45 pagi.

“Doktor berkenaan sebelum itu menerima seorang pesakit kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dihantar oleh bapa tiri mangsa ke hospital berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pesakit patah kaki dan terdapat kesan lebam di bahagian kepala serta badan disyaki akibat didera,” katanya menurut Bernama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.