
Bekas ketua menteri itu berkata BN Sabah sedang meneroka formula baharu yang akan memastikan perwakilan politik yang adil mewakili masyarakat majmuk, lapor New Straits Times.
Formula baharu itu bukan sahaja mengenai perkongsian kuasa, tetapi ‘penyelesaian politik’, katanya. “Kami merasakan bahawa dalam mana-mana gabungan, tiada parti harus berkelakuan seperti ‘abang besar’. Kami memerlukan formula yang boleh memuaskan hati semua orang.”
Ditanya apakah formula dalam fikirannya, Salleh berkata BN Sabah akan menggunakan model-model lalu sebagai panduan.
Beliau berkata sebelum ini Bumiputera terbahagi kepada orang Islam dan bukan Islam. “Kita harus berbincang supaya kita boleh menganggap Bumiputera bermaksud Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam.”
Salleh juga berkata BN sedang menyediakan suatu draf komitmen untuk rakyat Sabah berkenaan menangani isu-isu asas, yang beliau secara peribadi berikrar untuk memimpin usaha itu.