Nurul Izzah, Saifuddin dilantik pengarah pilihan raya bersama

Nurul Izzah, Saifuddin dilantik pengarah pilihan raya bersama

PKR lantik Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution Ismail sebagai pengarah pilihan raya bersama.

nurul izzah n saifuddin nasution
Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pengarah pilihan raya bersama, dalam mesyuarat kepimpinan PKR hari ini.
PETALING JAYA:
Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pengarah pilihan raya bersama PKR, bagi penggal baharu kepimpinan parti itu.

Perkara itu diumumkan oleh Fahmi Fadzil selaku ketua penerangan, susulan mesyuarat biro politik dan majlis pimpinan pusat PKR yang membuat pelantikan bagi lima jawatan, hari ini.

“Mesyuarat turut merakam setinggi-tinggi penghargaan di atas pengorbanan, sumbangan serta khidmat bakti mantan timbalan presiden dan pimpinan lainnya, serta berharap agar mereka akan masih memberi sumbangan kepada parti dan perjuangan,” menurut kenyataan.

Turut diumumkan Fuziah Salleh dan William Leong masing-masing kekal sebagai setiausaha agung dan bendahari agung, dan pelantikan Mustapha Sakmud sebagai ketua PKR Sabah.

Mesyuarat hari ini turut membincangkan tahap persiapan jentera PKR bagi menghadapi PRN Sabah, dan isu-isu semasa, namun tiada butiran lanjut diberikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.