Wanita rentung kedai runcit jual petrol terbakar

Wanita rentung kedai runcit jual petrol terbakar

Suami mangsa pula melecur 46% pada badan, tangan dan muka dalam kejadian di Kampung Nangoh, Beluran.

Kedai runcit menjual petrol di Kampung Nangoh, Beluran itu musnah dalam kejadian kebakaran 9.40 pagi. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seorang wanita rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah kedai runcit yang turut menjual petrol di Kampung Nangoh, Beluran, hari ini.

Suami mangsa pula melecur 46% pada badan, tangan dan muka dalam kejadian berlaku 9.40 pagi tadi, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Beluran Hasan Majid berkata kebakaran membabitkan sebuah bangunan kedai papan yang menjual petrol.

“Siasatan awal mendapati kebakaran bermula daripada premis yang menyimpan bahan mudah terbakar, menyebabkan api merebak dengan pantas.

“Dalam kejadian itu, seorang mangsa wanita berusia 58 tahun ditemui rentung di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, suami mangsa berusia 60 tahun mengalami kecederaan melecur kira-kira 46 peratus pada badan, tangan dan muka.

Katanya, mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kebakaran dan setakat ini kertas siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.