Khalid Ismail dilantik sebagai KPN baharu

Khalid Ismail dilantik sebagai KPN baharu

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman itu akan menggantikan Razarudin Husain yang tamat tempoh perkhidmatannya Ahad ini.

khalid ismail
Khalid Ismail dilantik secara kontrak bermula 23 Jun 2025 hingga 22 Jun 2027. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Khalid Ismail akan dilantik sebagai ketua polis negara (KPN) yang baharu berkuat kuasa 23 Jun.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelantikan Khalid telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas nasihat Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Pelantikannya secara kontrak bagi tempoh 23 Jun 2025 hingga 22 Jun 2027,” katanya dalam kenyataan.

Khalid menggantikan Razarudin Husain yang perkhidmatannya berakhir Ahad ini.

Dilahirkan 8 April 1965 di Manong, Perak, lulusan Ijazah Sarjana Comparative Laws dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berpengalaman dalam bidang risikan/keselamatan.

Khalid memulakan khidmatnya di Cawangan Khas Bukit Aman pada 5 April 1987.

Menjadi pengarah Cawangan Khas pada 10 April, khidmatnya diteruskan dengan pelantikan secara kontrak selepas beliau bersara wajib pada 8 April lalu.

Sementara itu, Saifuddin menyatakan penghargaan kepada Razarudin atas segala sumbangan dan khidmat bakti diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Razarudin, yang dilantik sebagai KPN pada Jun 2023 untuk tempoh kontrak dua tahun, sebelum ini menyatakan beliau tidak akan menyambung kontrak tersebut demi menghormati hasrat ibunya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.