PGA rampas mercun RM8.16 juta

PGA rampas mercun RM8.16 juta

Seorang lelaki turut ditahan dalam serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Seberang Perai Tengah semalam.

PGA rampas mercun
Komander Briged Utara PGA Shahrum Hashim berkata bekalan mercun itu diambil dari Pelabuhan Klang untuk dipasarkan ke bahagian utara Semenanjung Malaysia. (Gambar PGA Briged Utara)
BUTTERWORTH:
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara merampas 9,053 kotak pelbagai jenis mercun tanpa permit berjumlah RM8.16 juta di sebuah gudang di kawasan perindustrian Seberang Perai Tengah, di sini, semalam.

Komander Briged Utara PGA, Shahrum Hashim, berkata dalam operasi penguatkuasaan itu, pihaknya berjaya mencegah kegiatan penyimpanan bekalan mercun secara tidak selamat, selain turut menahan seorang lelaki tempatan.

“Hasil soal siasat awal mendapati semua bekalan mercun disimpan di gudang itu diambil dari Pelabuhan Klang, Selangor untuk dipasarkan ke bahagian utara Semenanjung,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau memaklumkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 sedang dijalankan bagi mengesan pihak terbabit kes itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.