GRS-PH pada landasan tepat bentuk kerjasama pilihan raya, kata pemimpin kanan

GRS-PH pada landasan tepat bentuk kerjasama pilihan raya, kata pemimpin kanan

Masiung Banah yang juga naib presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah berkata GRS juga bersetuju cadangan BN agar kedua-duanya tidak bekerjasama pada PRN.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Masiung Banah, berkata PH Sabah berterusan menyuarakan sokongan ke atas pimpinan Pengerusi GRS Hajiji Noor. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) berada di landasan tepat untuk mencapai persefahaman berdepan PRN akan datang, kata seorang pemimpin kanan GRS.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Masiung Banah, memetik kesediaan berterusan Pengerusi GRS Hajiji Noor bekerjasama dengan PH menjelang PRN antara sebab utama ke arah berkenaan.

Beliau berkata, PH Sabah juga berterusan menyuarakan sokongan ke atas pimpinan Hajiji, yang juga ketua menteri, lapor Jesselton Times.

Masiung berkata, Majlis Tertinggi GRS akan memutuskan perkara tersebut apabila bertemu kelak.

“Jika kerjasama ini dimuktamadkan, GRS dan PH akan menubuhkan jawatankuasa bersama di setiap daerah bagi memastikan calon kita berjaya dalam PRN17.

“GRS mengambil pendirian sama dengan Barisan Nasional dalam keputusannya untuk tidak bekerjasama pada PRN,” katanya.

Bulan lalu, Sekretariat Kerajaan Perpaduan mengumumkan BN dan PH bersetuju bekerjasama menjelang PRN, susulan pertemuan antara Pengerusi Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.

Susulan itu, Hajiji menyuarakan kesediaan bergerak solo jika kerjasama berkenaan dimuktamadkan, namun Anwar menegaskan mahu kombinasi kerjasama antara BN-PH-GRS.

Namun, Ketua BN Sabah Bung Moktar Radin berkata gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan GRS, namun akan mempertimbangkannya selepas keputusan PRN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.