
Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Shahrum Hashim, berkata semua suspek termasuk seorang wanita berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun ditahan menerusi Op Hazard selama lima jam bermula 7 malam kelmarin.
“Hasil risikan mendapati aktiviti memproses e-waste, plastik, logam dan aluminium dijalankan kira-kira setahun. Hasil pemeriksaan mendapati kilang ini beroperasi tanpa sebarang kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar.
“Kita juga masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemilik kilang ini,” katanya pada sidang media berkaitan kejayaan Unit Risik Ibu Pejabat Briged Utara PGA Dalam Penugasan Op Hazard 2.0 di Lahat dekat sini, semalam.
Shahrum berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati pemilik kilang itu menggaji pekerja asing tiada dokumen sah.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 34A dan 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.