2 ditahan dalam kes rasuah permohonan, bancian tanah

2 ditahan dalam kes rasuah permohonan, bancian tanah

Suspek dipercayai terima wang walaupun tidak punyai kuasa untuk proses permohonan atau melakukan bancian lot tanah.

macc sprm
SPRM tahan dua individu dalam siasatan ke atas kes rasuah membabitkan RM66,000.
KOTA KINABALU:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua individu masing-masing penjawat awam dan pesara kerajaan, disyaki terlibat dalam kes rasuah membabitkan wang berjumlah RM66,000 bagi urusan permohonan dan bancian tanah.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu, ditahan di pejabat SPRM Sabah antara 10 hingga 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.

Kedua-dua suspek dipercayai menerima wang rasuah pada 2016, walaupun mereka tidak mempunyai kuasa untuk memproses permohonan atau melakukan bancian lot tanah.

“Siasatan mendapati suspek pertama menerima suapan berjumlah RM54,000 manakala suspek kedua menerima RM12,000 daripada beberapa individu untuk memproses permohonan dan melakukan bancian lot tanah di bawah skim tanah kerajaan negeri,” menurut sumber.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

Kedua-dua suspek dijangka akan didakwa dalam tempoh terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.