
Ketua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan, berkata lelaki itu didakwa bertindak demikian kerana dia tidak lagi mahu memelihara haiwan berkenaan selepas empat bulan.
“Siasatan awal mendapati anjing itu tidak mati, sebaliknya mengalami luka dan telah dihantar ke klinik haiwan untuk dirawat.
“Kami membuka siasatan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan kami juga merujuk kes ini kepada pejabat veterinar,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, usaha mengenal pasti suspek sudah dibuat dan akan ditahan bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang semalam, tindakan lelaki itu dihalang seorang lelaki lain yang berada di lokasi sama, malah insiden itu turut dirakam seorang wanita yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di Facebook.