Seleweng dana lebuh raya: Keterangan Tan Sri dirakam pada Khamis

Seleweng dana lebuh raya: Keterangan Tan Sri dirakam pada Khamis

SPRM merakam keterangan individu itu pada 11 Jun namun terpaksa dihenti sementara kerana atas faktor kesihatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata sesi rakaman keterangan akan dibuat di ibu negara pada 9 pagi.
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka menyambung rakaman keterangan seorang Tan Sri berhubung siasatan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang, Khamis ini.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki mengesahkan proses berkenaan akan berlangsung di kediaman individu terbabit di ibu negara pada 9 pagi.

Pada 11 Jun, SPRM merakam keterangan awal individu terbabit selama enam jam bermula kira-kira 9 pagi, namun ia terpaksa dihentikan sementara atas faktor kesihatan.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri, bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.