
Katanya, berbanding cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas barangan asas dinikmati semua, lanjutan SST diperluas kepada barangan import, menyasarkan golongan berpendapatan tinggi.
Jelasnya, rasionalisasi subsidi petrol RON95 tidak akan menjejaskan sebahagian besar rakyat.
“Madani komited dengan perbelanjaan sosial untuk meringankan beban rakyat seperti pemindahan sumbangan tunai (STR) Rahmah, subsidi pendidikan tinggi, subsidi kesihatan, dan peningkatan dan pembangunan kemudahan awam.
“Jadi perdana menteri – yang bertimbang rasa terhadap rakyat- cuba untuk mendapatkan hasil disasarkan sambil menyelamatkan B40 daripada ‘triple whammy’ yang didakwanya,” kata Taufiq dalam kenyataan menjawab dakwaan Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah.
Sebelum ini, Saifuddin mempersoalkan kerajaan yang didakwa kurang memahami sistem percukaian, selain mendakwa kerajaan tersilap menjelaskan maksud GST dan SST kepada rakyat.
Taufiq juga membidas Saifuddin kerana seolah-olah lupa peranannya dalam pentadbiran Najib Razak dan Muhyiddin Yassin yang memberikan kesan buruk terhadap kewangan negara.
Tambahnya, negara di bawah kerajaan Madani mencatat prestasi memberangsangkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 5.1%, dividen KWSP tertinggi sejak 2017, dan pelaburan langsung asing mencecah RM378.5 bilion termasuk menjana lebih 207,000 pekerjaan pada 2024.
Selain itu, beliau berkata ringgit juga menunjukkan kestabilan selepas mengalami kejatuhan di bawah pentadbiran lalu.