Samsuri lepas jawatan YDP PAS Marang

Samsuri lepas jawatan YDP PAS Marang

Menteri besar Terengganu itu berkata sudah tiba masanya untuk individu lain menyambung perjuangan beliau.

Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar ketika berucap di Mesyuarat Agung Tahunan PAS Marang di Rusila, semalam. (Gambar Facebook Ahmad Samsuri Mokhtar)
PETALING JAYA:
Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Yang Dipertua (YDP) PAS Marang yang dipegangnya sejak 2019.

Samsuri yang juga menteri besar Terengganu mengumumkan perkara itu dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Marang yang berlangsung di Rusila, semalam, lapor portal berita kerajaan negeri TRDI.

“Saya undur kerana yakin sudah tiba masanya untuk individu lain menyambung perjuangan.

“Kepimpinan ini bukan milik individu, ia milik jemaah,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Susulan pengumuman itu, Timbalan YDP PAS Marang, Mohd Nor Hamzah dilantik secara rasmi sebagai YDP baharu bagi menggantikan Samsuri selepas menang tanpa bertanding jawatan itu.

Exco negeri Ariffin Deraman pula dipilih sebagai timbalan YDP manakala jawatan naib YDP dipangku Wan Zuki Wan Ismail.

Kedua-dua jawatan itu diumumkan menang tanpa bertanding.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.