
Kementerian itu berkata pelaksanaannya dipantau rapi bersama pemegang taruh iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara, lapor Bernama.
Menurutnya, langkah itu bagi membolehkan tindakan intervensi dapat diambil secara proaktif oleh Lumut Naval Shipyard (Lunas) sekali gus memastikan kelancaran pelaksanaan projek itu.
“Pada masa ini LCS1 telah pun memulakan fasa setting to work (STW) bermula pada Mei serta dirancang menjalani aktiviti first sea sailing pada Disember.
“Bagi LCS2, kapal ini juga telah diturunkan ke air pada 8 Mei dan sedang meneruskan kerja pembinaan dan dirancang memulakan aktiviti STW pada September ini,” kata
Menurut kementerian tersebut pembinaan LCS3 hingga LCS5 masih mengikut perancangan dengan LCS3 dijangka diserahkan kepada TLDM pada 2027, manakala penyerahan kapal seterusnya adalah selang lapan bulan, sehingga LCS5 siap sepenuhnya pada 2029.
Kenyataan itu dikeluarkan sempena lawatan kerja Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Lunas di Pangkalan Tentera Laut Diraja (TLDM) Lumut bagi meninjau kerja pembinaan LCS.
Beliau diiringi Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera Mohd Nizam Jaffar.
Anwar turut mendengar taklimat berkenaan kemajuan semasa yang telah dicapai, melibatkan pembinaan lima kapal LCS milik TLDM itu.