
Ketua Polis Kota Tinggi, Yusof Othman, berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada 11 Jun susulan dua laporan dibuat dalam kejadian pada 10 dan 11 Jun.
“Suspek disyaki mencabul dua mangsa terbabit di empat lokasi berbeza sekitar kawasan Bayu Damai.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun semakan lanjut mendapati dia mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, suspek direman sehingga 17 Jun dengan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kota Tinggi di talian 07-883 7222.