Bayi 10 bulan maut dalam jagaan pengasuh

Bayi 10 bulan maut dalam jagaan pengasuh

Polis berkata mangsa didakwa terjatuh ketika hendak dimandikan.

baby bayi
Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata pengasuh mendakwa bayi itu terjatuh mengiring sebelah kanan dan dalam keadaan sesak nafas.
KUALA LUMPUR:
Bayi perempuan 10 bulan maut selepas didakwa terjatuh ketika hendak dimandikan pengasuh di Puncak Alam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata pihaknya dimaklumkan kejadian oleh seorang pegawai perubatan Hospital Al-Sultan Abdullah (Hospital UiTM) Puncak Alam pada 10.42 malam.

“Pegawai perubatan melaporkan bayi itu dibawa ke zon merah jabatan kecemasan pada 7.23 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan menggunakan ambulans hospital dari sebuah klinik di Puncak Alam.

“Pengadu dan doktor pakar kecemasan telah memberikan rawatan pernafasan serta ubatan selama 22 minit, namun bayi tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda bernafas,” katanya dalam kenyataan.

Hafiz berkata, ibu bayi itu yang turut membuat laporan polis memaklumkan dia menerima panggilan daripada pengasuh berkenaan pada 5.40 petang berhubung keadaan bayi itu.

“Menurut pengasuh, bayi itu terjatuh mengiring sebelah kanan dan dalam keadaan sesak nafas. Pengasuh telah bertindak membawa bayi tersebut ke sebuah klinik di Puncak Alam,” katanya.

Hafiz berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan laporan bedah siasat diperolehi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Balai Polis Saujana Utama dengan menelefon 03-60382222 atau hubungi pegawai penyiasat Mohamad Aizad Abd Azik menerusi talian 013-4861194 atau di balai polis berdekatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.