
Ketua Polis Cameron Highlands Azri Ramli, berkata dalam kejadian sekitar 12 tengah hari tadi, Perodua Myvi dipandu individu 22 tahun hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar semua mangsa.
Katanya, kemalangan mengakibatkan pengunjung seorang lelaki berusia 24 tahun dan tiga kanak-kanak perempuan berumur 10, lapan serta dua tahun cedera dan telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Akibat kemalangan itu empat pejalan kaki berkenaan mengalami kecederaan dan sudah mendapatkan rawatan di hospital serta dibenarkan pulang oleh doktor yang merawat,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, pemandu kereta yang mempunyai rekod penyakit sawan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.
Azri berkata, lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang rekod saman serta hasil ujian air kencing didapati negatif dadah, namun polis telah mengeluarkan saman kepada pemandu berkenaan.