
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata mangsa wanita berusia 61 tahun itu menerima panggilan daripada individu itu dan memaklumkan terdapat tuntutan palsu insurans berjumlah RM68,000 atas namanya.
Beliau berkata panggilan itu kemudian disambungkan kepada individu lain yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari IPD Ampang Jaya serta mendakwa wanita itu terlibat dalam tuntutan palsu dan aktiviti pengubahan wang haram.
“Mangsa kemudian diarahkan membuka beberapa akaun bank serta memindahkan semua wang simpanan, ganjaran pencen dan pinjaman bank ke dalam akaun tertentu kononnya bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Yahaya berkata mangsa melakukan 24 transaksi pemindahan wang ke enam akaun berbeza antara 20 Feb hingga 5 Mei lepas.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah panik jika menerima panggilan telefon yang meragukan dan jangan sesekali mendedahkan maklumat perbankan kepada pihak tidak dikenali.