KPJ Healthcare pamer inovasi sempena AiNNOVATION 2025

KPJ Healthcare pamer inovasi sempena AiNNOVATION 2025

Presiden dan pengarah urusannya Chin Keat Chyuan berkata pameran itu mencerminkan komitmen menyediakan perkhidmatan menyeluruh.

Chin Keat Chyuan Jamaliah Jamaluddin
Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Chin Keat Chyuan, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin, dan Ketua Pegawai Digital KPJ Shahril Mizani Ariffin, pada pelancaran AiNNOVATION 2025 di Pusat Beli Belah 1 Utama. (Gambar KPJ Healthcare)
PETALING JAYA:
KPJ Healthcare Berhad hari ini melancarkan AiNNOVATION 2025, pameran inovasi penjagaan kesihatan dan penglibatan kesihatan awam.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Chin Keat Chyuan, berkata pameran itu mencerminkan komitmennya menyediakan penjagaan kesihatan menyeluruh menerusi pendekatan lebih pintar dan berteraskan rakyat.

“AiNOVATION adalah lebih daripada sekadar acara. Ia menawarkan gambaran tentang bagaimana KPJ Healthcare sedang berkembang mengikut peredaran masa, dengan melabur dalam keupayaan digital, memupuk bakat masa depan melalui Universiti KPJ Healthcare (KPJU) dan menerapkan inovasi ke dalam cara kami bekerja dan berkhidmat,” kata Chin, merujuk kepada universitinya.

“Kami percaya inovasi mesti mempunyai tujuan yang jelas. Ia perlu membawa kepada hasil yang lebih baik untuk pesakit, peralatan yang lebih baik untuk ahli klinikal dan akses yang lebih baik untuk masyarakat.”

Chin berkata demikian pada pelancaran pameran itu di Pusat Beli Belah 1 Utama.

Turut hadir, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin, mewakili Menteri Besar Amirudin Shari.

Antara tarikan utama pameran empat hari yang akan melabuh tirainya esok ialah ‘Reruai Perjalanan Pesakit’, di mana pelawat boleh merasai sendiri bagaimana teknologi menyokong setiap langkah penjagaan, daripada pra-kemasukan hingga fasa pemulihan.

Panduan perjalanan interaktif itu menampilkan inovasi seperti diagnostik berasaskan AI, pemulihan robot, rekod kesihatan digital, dan sistem hospital pintar, yang dipersembahkan dengan cara menarik dan boleh diakses semua pelawat.

AiNNOVATION 2025 turut menawarkan pelbagai aktiviti kesihatan dan kesejahteraan, termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, sesi Zumba, dan permainan kecergasan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.