
Bilcher Bala berkata gesaan bekas ketua menteri itu untuk ‘aturan matang, saling menghormati’ mungkin usaha taktikal meredakan ketegangan, menguruskan persaingan dalaman, dan mencegah konflik dalam pakatan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) di peringkat negeri.
“Pemahamannya (adalah) sesiapa yang menang, kerusi itu kekal sebagai sebahagian daripada gabungan itu,” kata Salleh dalam catatan Facebook baru-baru ini.
Bilcher berkata walaupun strategi itu bertujuan untuk mengekalkan perpaduan dalaman dalam perikatan BN-PH, ‘ia bukan secara jelas mencadangkan BN-PH akan bergerak berasingan daripada GRS.’

Beliau berkata bahawa GRS boleh mendapat manfaat sekiranya cadangan Salleh itu dilaksanakan.
“Bagi GRS, pendekatan ini boleh mengurangkan ketegangan dan memastikan gabungan (BN-PH-GRS) kekal kukuh dan bersatu, yang penting untuk memenangi kerusi dan membentuk kerajaan yang stabil,” kata Bilcher dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa persepsi orang ramai mesti diurus dengan betul.
“Pengundi mungkin menghargai usaha untuk mengurangkan konflik dalaman dan membentangkan barisan bersatu, tetapi mereka juga mungkin ragu-ragu tentang keberkesanan aturan sedemikian.
“Kuncinya ialah komunikasi yang jelas dan ketelusan untuk memastikan pengundi memahami rasional di sebalik pertandingan mesra,” katanya.

Seorang lagi penganalisis, Lee Kuok Tiung, bagaimanapun menyuarakan kebimbangannya.
Dia mengakui bahawa aturan itu boleh berfungsi, ‘bergantung kepada sama ada pemimpin boleh mencapai persefahaman.’
Bagaimanapun, katanya, ia boleh merugikan mereka yang secara konsisten menyerang GRS dan Parti Bersatu Sabah (PBS), dan mendedahkan mereka kepada ‘serangan balas’.