Bekas KP SPRM mahu beri nafas baharu kepada Umno

Bekas KP SPRM mahu beri nafas baharu kepada Umno

Dzulkifli Ahmad yang mengetuai SPRM dari Ogos 2016 hingga Mei 2018 umum sertai Umno menerusi bahagian Tasek Gelugor.

Dzulkifli Ahmad
Pada 2022, Dzulkifli Ahmad disebut-sebut akan menyertai politik dan bertanding pada PRU15. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad menyertai Umno menerusi cawangan Merbau Kudong di bawah bahagian Tasek Gelugor.

Mengetuai badan anti rasuah itu dari Ogos 2016 hingga Mei 2018, Dzulkifli berkata beliau hanya menjadi ahli biasa tanpa sebarang perjanjian dengan rakyat atau pimpinan Umno sendiri, lapor Utusan Malaysia.

Katanya, beliau memilih Umno kerana pernah menjadi dominan suatu ketika dahulu selain berhasrat membawa ‘nafas baharu’ untuk parti milik orang Melayu itu.

“Dalam hal ini, Umno perlu kembali untuk menjadi payung kepada bangsa Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya,” katanya yang akan meneruskan kerja kemasyarakatan di Tasek Gelugor.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sasaran pembabitannya dalam politik ketika ini.

Pada Jun 2022, media melaporkan Dzulkifli melancarkan kerja-kerja membantu rakyat di Tasek Gelugor antaranya melancarkan skuad sukarelawan Pejabat Tan Sri Dzulkifli.

Skuad itu terdiri daripada golongan belia berumur lingkungan 18 hingga 40 tahun bagi membantu masyarakat di Tasek Gelugor dari pelbagai aspek termasuk tenaga kerja.

Susulan itu, wujud spekulasi beliau akan menyertai politik untuk bertanding pada PRU15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.