RMK13 tunjang rapat jurang sosioekonomi, fiskal terhad, kata PM

RMK13 tunjang rapat jurang sosioekonomi, fiskal terhad, kata PM

Anwar Ibrahim berkata cabaran perlu diberi penekanan termasuk kesenjangan pembangunan dan pendapatan, ruang fiskal terhad dan peralihan struktur ekonomi perlahan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai kanan kerajaan mengenai penyediaan dokumen RMK13 hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Rancangan Malaysia Ke-13 2026-2030 (RMK13) perlu menjadi tunjang kepada usaha menangani cabaran ekonomi semasa, kata Anwar Ibrahim.

Perdana menteri berkata, cabaran yang perlu diberi penekanan termasuk kesenjangan pembangunan dan pendapatan, ruang fiskal terhad dan peralihan struktur ekonomi perlahan.

“Negara perlu lebih berdaya tahan dalam mendepani risiko dan ketidaktentuan ekonomi global, di samping mempercepat peralihan struktur dan merapatkan jurang pembangunan sosioekonomi,” katanya di Facebook.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai kanan kerajaan mengenai penyediaan dokumen RMK13 yang akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Menurutnya, RMK13 antara dokumen dasar utama kerajaan melaksanakan agenda ekonomi Madani.

“Penyediaan dokumen ini yang bermula sejak pertengahan tahun lalu adalah hasil usaha berpasukan dan maklum balas menyeluruh cadangan strategi dan inisiatif dirangka daripada semua pihak berkepentingan.

“…termasuk kementerian, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan masyarakat madani dan juga orang awam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.