PTPTN di hujung jari, memudahkan lunas tanggungjawab

PTPTN di hujung jari, memudahkan lunas tanggungjawab

PTPTN sediakan inisiatif #PTPTNBolehBincang bagi membantu peminjam berbincang dan berunding untuk pelan pembayaran fleksibel iaitu penstrukturan semula bayaran balik pinjaman dan #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam dengan menyediakan pelbagai saluran bayaran balik yang lebih mudah, cepat dan selamat.

ptptn menara
PTPTN menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu peminjam yang menghadapi masalah untuk membayar hutang mereka agar tampil berunding dan membuat penstukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan.
PETALING JAYA:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu peminjam melunaskan hutang dan secara tidak langsung memastikan kelestarian dana pinjaman kepada generasi akan datang terus terjamin.

Komitmen PTPTN menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan adalah selari dengan pelan strategik 2021-2025 bagi menambah baik pengurusan kutipan bayaran balik pinjaman agar lebih berkesan.

#PTPTNBolehBincang. Peminjam boleh berbincang atau berunding untuk pelan pembayaran fleksibel iaitu penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan mereka.

#PTPTNSediaBantu merupakan inisiatif yang diperkenalkan bagi memudahkan peminjam berurusan dengan menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat. Saluran tersebut disediakan untuk membantu dan memudahkan para peminjam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan bayaran balik pinjaman.

Inisiatif ini juga akan memudahkan urusan pembayaran balik pinjaman tanpa perlu hadir ke kaunter PTPTN. Melalui kemudahan ini, peminjam boleh berhubung dengan barisan hadapan (frontliner) PTPTN yang sangat komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam membantu menyelesaikan urusan atau menjawab persoalan melalui saluran disediakan. Terdapat lima (5) kategori frontliners yang boleh dihubungi peminjam untuk berurusan dengan PTPTN.

Pertama menerusi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang dengan 38 Careliners PTPTN sedia membantu

Kedua melalui Live Chat di portal PTPTN (www.ptptn.gov.my) yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.

Ketiga, peminjam juga boleh menghubungi Eksekutif Jualan PTPTN melalui telefon bimbit mereka, yang boleh diperoleh di pautan https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn.

Keempat, sebarang aduan atau pertanyaan juga boleh disalurkan ke saluran e-Aduan untuk berhubung dengan pegawai e-Aduan PTPTN. Peminjam juga boleh mengemukakan soalan dan aduan melalui eaduan.ptptn.gov.my.

Kelima, peminjam juga boleh berurusan dengan pegawai media sosial rasmi PTPTN iaitu Facebook PTPTN @PTPTNOfficial; Instagram @PTPTNOfficial; Aplikasi X @PTPTNOfficial dan Tiktok @PTPTNOfficial.

PTPTN sentiasa menambah baik perkhidmatan dalam talian dan menyediakan pelbagai saluran pembayaran untuk menggalakkan bayaran tanpa tunai. Justeru, peminjam boleh membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui aplikasi myPTPTN yang menggabungkan semua kemudahan dalam satu sistem supaya penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas dan sentiasa dalam capaian pada bila-bila masa dan di mana sahaja sahaja tanpa sempadan dengan lebih cepat, mudah dan selamat. Antara kemudahan yang disediakan melalui myPTPTN termasuk urusan permohonan pinjaman, semakan baki pinjaman serta rundingan dan bayaran balik pinjaman PTPTN.

Pelanggan boleh mendapatkan aplikasi mudah alih myPTPTN dengan memuat turun perkhidmatan tersebut melalui peranti atau telefon mudah alih masing-masing melalui platform pengedaran digital seperti App Store (iOS), Play Store (Android), dan Huawei AppGallery (Huawei).

Orang ramai juga boleh layari laman sesawang https://www.ptptn.gov.my/myptptn/ untuk maklumat lanjut mengenai myPTPTN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.