
Ketua Polis Tangkak, Roslan Mohd Talib, berkata suspek berjaya ditahan kira-kira 1 pagi tadi oleh sepasukan polis IPD Daerah Tangkak, dan pihaknya akan membuat permohonan tahanan reman pagi ini bagi melengkapkan siasatan.
“Pihak polis telah menyiarkan satu hebahan berkaitan usaha mengesan seorang lelaki warganegara Myanmar bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dalam penyaluran maklumat sehingga tertangkapnya individu yang dikehendaki,” katanya.
Rabu lepas polis dilaporkan mengesan seorang lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Cho Min Tun, 24, yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di Tangkak.
Menurutnya kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah sewa di Jalan Kemajuan, di Tangkak kira-kira 7 malam.