Nahas UPSI: Pemilik bas beri keterangan semalam

Nahas UPSI: Pemilik bas beri keterangan semalam

Polis berkata pemilik bas itu memberi keterangan kira-kira sejam setengah.

kemalangan bas gerik
Pemangku Ketua Polis Gerik Muhammad Firdaus Abdullah berkata pemilik syarikat itu hadir di IPD Gerik pada 10.30 malam tadi. (Gambar Bernama)
IPOH:
Pemilik syarikat bas terbabit nahas mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Tasik Banding Isnin lalu, memberi keterangan semalam.

Pemangku Ketua Polis Gerik, Muhammad Firdaus Abdullah, berkata pemilik syarikat itu hadir di IPD Gerik pada 10.30 malam tadi.

“Pemilik bas itu memberi keterangan kira-kira satu jam setengah berhubung kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin dilaporkan berkata, 18 saksi sudah diambil keterangan, termasuk penuntut UPSI terbabit kemalangan itu.

Dalam kejadian Isnin lalu, 15 penuntut UPSI maut selepas bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak melanggar bahagian belakang Perodua Alza, sebelum terbabas dan terbalik di JRTB.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.