Ejek punca kumpulan lelaki gaduh di Bukit Jalil

Ejek punca kumpulan lelaki gaduh di Bukit Jalil

Timbalan Ketua Polis Cheras Ridzuan Khalid berkata tiada tangkapan lain setakat ini dan kes masih dalam siasatan.

gaduh penyokong bola MAS VIET
Tangkap layar video tular memaparkan anggota polis cuba meleraikan pergaduhan dipercayai berlaku di luar Stadium Nasional Bukit Jalil. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ejek-mengejek dipercayai punca sekumpulan lelaki bergaduh di parkir Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

“Setakat ini, tiada tangkapan lain, kes masih dalam siasatan,” kata Timbalan Ketua Polis Cheras, Ridzuan Khalid menurut Harian Metro.

Semalam, Ridzuan dilaporkan berkata, lima lelaki tempatan berusia 19 hingga 27 tahun ditahan kerana disyaki terbabit pergaduhan selepas perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lalu.

Katanya, semua direman sehari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.