
“Saya bangga Abdul Raof Mokhtar selaku timbalan ketua, dengan ketiga-tiga pimpinan sayap serta keseluruhan jawatankuasa dapat meneruskan perjalanan aktiviti Kota Raja seperti biasa.
“Yang pergi, biarlah pergi…mereka yang tinggal akan teruskan perjuangan,” katanya selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Sayap Umno Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) malam tadi.
Beliau berkata, Raof akan memangku jawatan ketua bahagian sehingga pemilihan parti akan datang susulan peletakan jawatan Ketua Umno Kota Raja, Tengku Zafrul Aziz, baru-baru ini.
Megat berkata, pihaknya akan menghantar surat rasmi berhubung perkara itu kepada Presiden Umno, Zahid Hamidi untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi.
Pada 30 Mei lalu, Tengku Zafrul yang juga menteri pelaburan, perdagangan dan industri mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Umno dan keluar parti, serta menyuarakan hasrat menyertai PKR.
Sebelum itu, beliau melepaskan jawatan bendahari Umno Selangor bagi memberi laluan kepada individu boleh memberi sumbangan lebih efektif terhadap kebangkitan parti di negeri itu.