
Timbalan Ketua Polis Cheras, Ridzuan Khalid, berkata kelima-lima lelaki berusia antara 19 hingga 27 tahun itu ditahan di kawasan tempat letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11.50 malam.
“Mereka direman selama sehari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Kes akan dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Ridzuan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03 92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 21159999 atau balai polis berhampiran.
Terdahulu, tular satu klip video berdurasi satu minit di aplikasi TikTok memaparkan insiden pergaduhan dan cuba dileraikan oleh anggota polis yang dipercayai berlaku di luar stadium berkenaan.