
Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin, berkata lelaki itu sedang dirawat di Hospital Taiping.
“Kita perlu tunggu dia keluar hospital sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya menurut Harian Metro.
Semalam, Hisam dilaporkan berkata, pemandu terbabit cedera di tangan dan polis belum mengambil keterangan daripadanya.
Selain pemandu itu, seorang kelindan bas dan 42 pelajar UPSI turut berada dalam kenderaan berkenaan.
Siasatan awal mendapati bas itu melanggar bahagian belakang Perodua Alza sebelum bas terbabit hilang kawalan dan terbabas.
Perodua Alza itu dinaiki sepasang suami isteri berusia lingkungan 30-an bersama dua anak berusia tiga serta enam tahun.
Seramai 23 penumpang bas terdiri daripada 23 wanita dan empat lelaki sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Gerik, Hospital Baling dan Hospital Taiping.