
Menterinya, Nancy Shukri, berkata ia sumbangan melalui Yayasan Kebajikan Negara di bawah “Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa” (Peka YKN).
“Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Taiping dan dua di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh,” katanya semasa merasmikan Seminar Wanita 2025 “EmpowerHER: Engage Energise Elevate” di sini.
Beliau berkata, pihaknya juga akan meninjau bentuk bantuan dan sokongan pelbagai aspek yang dapat diberikan kepada keluarga mangsa, termasuk kaunselor bertauliah bagi membantu mereka dari segi psikologi.
Dalam kejadian awal pagi semalam, 15 pelajar UPSI maut, manakala 33 lagi cedera selepas sebuah bas terbalik di Jalan Raya Timur Barat dekat Tasik Banding, Perak.
Bas disewa khas pelajar UPSI itu bertolak dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim sebelum terbabit nahas.