
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek hari ini mengumumkan barisan kepimpinan sayap itu bagi penggal 2025-2028.
Menerusi satu kenyataan, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang dilantik serta menyatakan keyakinan bahawa kepimpinan baharu ini mampu menggalas amanah dengan penuh integriti, bersifat progresif dan inklusif dalam menjulang agenda perjuangan Wanita PKR demi rakyat dan negara.
Berikut senarai lantikan kepimpinan Wanita PKR bagi penggal 2025-2028:
- Setiausaha: Sangetha Jayakumar
- Naib Ketua Wanita Lantikan: Wasanthee Sinnasamy
- Bendahari: Gan Ay Ling
- Ketua Srikandi: Nurhidayah Che Rose
- Ahli Jawatankuasa Lantikan: Uma Nanthini
- Biro Strategi: Pua Pei Ling
- Biro Komunikasi: Nurhayati Umor
- Biro Pendidikan: Armila Alias
- Biro Kebajikan: Rosmawaty Muhamad Ros
- Biro Kemanusiaan: Nor Azmiza Mamat
- Biro Usahawan: Sabrina Ahmad
- Biro Latihan: Lim Kim Eng
- Biro Guaman: M Telagapathi
- Setiausaha Pengelola: Saira Banu
- Biro Antarabangsa: Ginie Lim
- Sekolah Wanita: Yong Bazilah Abu Bakar
- Biro Pemantapan Agama: Farahida Fauzi
- Biro Mobilisasi: Maisarah Ismail
- Biro Kemasyarakatan: Idawate Pariman