
EAIC berkata, siasatan dijalankan berdasarkan aduan diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) yang mendakwa beberapa individu didapati positif dadah semasa serbuan di Kampung Felda LBJ, Labu pada 8 Mac 2023 dilepaskan.
“…perbuatan tersebut merupakan kesalahan di bawah Seksyen 221 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Sinar Harian.
Menurutnya, beberapa pegawai AADK terbabit didapati tidak mematuhi prosedur operasi tandard AADK semasa menjalankan operasi itu, justeru EAIC merujuk dapatan itu kepada pendakwa raya menurut subperenggan 30(1)(c) Akta 700.
“EAIC juga merujuk dapatan berkaitan kesalahan tatatertib oleh pegawai AADK terlibat kepada pihak berkuasa tatatertib dengan syor hukuman tatatertib menurut subperenggan 30(1)(b) Akta 700.”