
Presiden William Ng, berkata perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) masih mengharungi persekitaran operasi mencabar, termasuk kos input tinggi, perbelanjaan pengguna yang semakin merosot, dan permintaan luar yang semakin lemah.
Katanya, tarif timbal balik oleh Amerika Syarikat yang diberhentikan sebentar akan diteruskan pada 9 Julai, dan ini akan melemahkan daya saing eksport Malaysia terutamanya dalam kalangan PMKS.
“Samenta menyokong pembangunan rangka kerja cukai yang adil progresif dan telus, namun perkara ini mesti dilaksanakan secara berperingkat dengan rundingan yang tulen bersama pihak berkepentingan dan sejajar dengan realiti ekonomi semasa,” katanya dalam kenyataan.

Ng berkata, peluasan SST tanpa pengecualian mencukupi atau peningkatan ambang kelayakan bagi PMKS, akan memburukkan lagi beban kos ke atas perniagaan.
“Kenaikan ini berkemungkinan besar akan diserap oleh pengguna, sekali gus meningkatkan kos sara hidup.”
Beliau berkata, sungguhpun pihaknya telah diberikan taklimat mengenai peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), namun ia tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk rundingan sekiranya disampaikan sebagai keputusan yang telah dimuktamadkan.
Awal hari ini, kerajaan mengumumkan cukai perkhidmatan akan diperluas pada 1 Julai melibatkan sewaan dan pajakan, kerja pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan, dan kecantikan.
Menurut Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan, perkhidmatan sewaan dan pajakan akan dikenakan pada kadar 8%, dengan pengecualian antaranya ke atas penyewa PMKS dengan jualan tahunan kurang RM500,000.
Dalam pada itu, Ng turut menggesa kastam segera mengeluarkan garis panduan khusus mengikut sektor bagi mengukuhkan kefahaman PMKS berkaitan kewajiban mereka, tanpa perlu mendapatkan khidmat ejen cukai.
“Tanpa panduan yang lebih jelas, ramai PMKS berisiko melakukan ketidakpatuhan secara tidak sengaja walaupun tempoh penguatkuasaan ditangguhkan sehingga akhir 2025.