Pemuda PKR perlu jadi pelindung bongkar fitnah, kata pemimpin

Pemuda PKR perlu jadi pelindung bongkar fitnah, kata pemimpin

Exco N Gopiraj Nair berkata banyak fitnah perlu ditepis yang dibimbangi memanipulasi orang muda.

Pemuda PKR juga perlu jadi jambatan antara orang muda dengan pembuat dasar di Putrajaya, menurut N Gopiraj Nair.
PETALING JAYA:
Pemuda PKR berazam menjadi pelindung kepada kebenaran dengan membongkar fitnah dilemparkan terhadap kerajaan selain membawa isu anak muda, kata Exconya N Gopiraj Nair.

Beliau berkata terlalu banyak maklumat palsu disebarkan lawan untuk memanipulasi golongan muda yang dibimbangi akan menerima padah jika menerimanya tanpa fakta sahih.

N Gopiraj
N Gopiraj Nair.

“Saya melihat peranan kami bukan sahaja untuk menjadi jurucakap anak muda, tetapi juga sebagai pelindung kepada kebenaran.

“Pemuda PKR perlu bertindak cermat dan bijaksana kerana anak muda golongan berani mengambil risiko, tetapi keberanian tanpa maklumat benar boleh membawa padah,” katanya dalam kenyataan.

Gopiraj yang juga timbalan ketua PKR Bukit Bintang antara exco Pemuda PKR dipilih pada pemilihan parti baru-baru ini.

Beliau berkata sayap PKR itu juga berazam menjadi jambatan antara generasi muda dan pembuat dasar di Putrajaya.

“Fokus kami untuk menangani isu besar dekat dengan hati golongan muda termasuk peluang pekerjaan yang adil, pendidikan teknikal dan tinggi, kesihatan mental yang sering diabaikan serta kos sara hidup membebankan.

“Kami mahu pastikan suara anak muda bukan sekadar didengar tetapi benar-benar diterjemah kepada dasar, program dan perubahan nyata,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.