
Adun Rengit Puad Zarkashi berkata individu yang diberi tanggungjawab untuk menggalas tanggungjawab berkenaan seharusnya dipilih berdasarkan prestasi kerja.
Speaker DUN Johor itu mencadangkan sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan supaya ketua kampung yang benar-benar komited sahaja dipilih mewakili masyarakat tempatan.
“Sepatutnya prestasi kerja seseorang jadi kayu ukur utama. Adalah memalukan yang malas dan tidak komited dikekalkan tetapi yang rajin dan berprestasi digugurkan.
“Amalan melantik ketua kampung ikut selera ketua bahagian sudah lapuk dan wajar dihentikan,” kata ahli majlis kerja tertinggi Umno itu di Facebook.
Minggu lalu, Exco Luar Bandar Johor Zahari Sarip berkata seramai 659 daripada 667 ketua kampung bagi sesi 2025-2026 mula dilantik pada 1 Jun manakala selebihnya ditangguh.
Menurutnya, penangguhan dibuat atas beberapa beberapa sebab teknikal termasuk tidak melepasi tapisan jabatan-jabatan berkaitan.
Zahari turut menjelaskan perkhidmatan mereka akan dinilai dari semasa ke semasa dan boleh ditamatkan dengan saranan jawatankuasa di peringkat daerah jika gagal menunjukkan prestasi.