Pukul rakan sampai parah, 8 pelajar UMT mengaku tak salah

Pukul rakan sampai parah, 8 pelajar UMT mengaku tak salah

Tertuduh lelaki berusia antara 21 hingga 23 tahun berdepan penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

kompleks mahkamah kuala terengganu
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu benar semua tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan 6 Julai ini ditetapkan sebutan semula kes.
PETALING JAYA:
Lapan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas tuduhan sengaja mengakibatkan cedera parah ke atas rakan, Disember tahun lalu.

Tertuduh lelaki berusia antara 21 hingga 23 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas mangsa yang berusia 21 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kolej di UMT Kuala Nerus, antara 1.30 pagi hingga 5 pagi, pada 15 Dis 2024, lapor Berita Harian.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 6 Julai ini tarikh sebutan semula kes dan membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM5,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azizan Abdullah, Nur Nabihah Hanin Ayim dan Nur Aisyah Mohamad. Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK),

Sebelum ini, media melaporkan penahanan 12 pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri itu dipercayai terbabit kejadian pukul secara bergilir-gilir di sebuah kolej kediaman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.