
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara, lapor Bernama.
“Kertas siasatan telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya pagi tadi dan masih dalam tindakan mereka,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan Selasa lepas bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
Pelakon dan penyanyi berkenaan yang ditahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bagaimanapun dibebaskan pada hari sama dengan jaminan polis.
Suspek dilaporkan pernah beberapa kali bertemu mangsa di sebuah kafe tempat remaja itu bekerja sebelum kejadian itu berlaku.