Pelakon disyaki amang seksual remaja ditahan

Pelakon disyaki amang seksual remaja ditahan

Pelakon yang juga penyanyi terkenal disyaki melakukan perbuatan itu di sebuah hotel.

handcuff
Suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. (Gambar Freepik)

Petaling Jaya: Seorang pelakon lelaki yang juga penyanyi terkenal ditahan polis semalam kerana disyaki melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan berkata mangsa berkenalan dengan artis itu di sebuah kafe tempatnya bekerja, lapor Harian Metro.

Katanya, selepas pertemuan itu mereka bertemu beberapa kali sebelum suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah hotel.

“Ketika dalam pertemuan itu suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa.

“Suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Siti Kamsiah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.