Mayat ditemukan di tapak pembinaan

Mayat ditemukan di tapak pembinaan

Identiti belum dapat disahkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ketua Polis Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood maklum kepada media penemuan mayat seorang lelaki disyaki warga asing.

KUALA LUMPUR. Mayat seorang lelaki disyaki warga asing ditemukan tertiarap di tapak pembinaan di Bangsar, petang tadi.

Ketua Polis Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood berkata identiti lelaki itu belum dapat disahkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Belum dapat dipastikan sama ada mayat berkenaan adalah lelaki warga United Kingdom (UK) yang dilaporkan hilang baru-baru ini.

“Siasatan masih diteruskan dan anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja membawa keluar mayat terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, mayat lelaki itu ditemukan di kawasan lif aras bawah di tapak pembinaan itu dan sebahagian pakaiannya sudah terlucut.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki warga UK dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat pada 27 Mei lepas berhampiran kawasan Bangsar.

Kehilangan lelaki berusia 25 tahun itu disedari oleh keluarganya apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi malah akaun media sosialnya juga tidak aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.