
Anwar berkata baginda berada dalam keadaan baik dan proses pemulihan berjalan lancar selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), Sabtu lalu.
“Semoga Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan dan kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sultan Hassanal tiba di sini pada 25 Mei lalu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-46 dan mesyuarat berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Baginda berehat di IJN kerana keletihan sejak 27 Mei dan berehat di hotel selepas dibenarkan keluar.
Sementara itu, keberangkatan pulang baginda dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha turut diiringi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Lapangan Terbang Subang.
Dalam hantaran di Facebook, Fahmi turut berkongsi beberapa keping gambar keberangkatan pulang baginda.
“Kerajaan Malaysia amat menjunjung tinggi sumbangan berterusan Brunei Darussalam dalam memperkukuh semangat muafakat dan kerjasama serantau.
“Patik-Patik sekalian mendoakan agar Tuanku berdua dikurniakan keafiatan berpanjangan. Menjunjung Kasih Tuanku,” kata beliau.