Lelaki maut nahas 3 kenderaan di Sarawak

Lelaki maut nahas 3 kenderaan di Sarawak

Empat mangsa cedera ringan dan seorang lagi tidak cedera.

Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas kemalangan di laluan Bau-Lundu, Lebuhraya Pan Borneo malam tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut dalam nahas tiga kenderaan di laluan Bau-Lundu, Lebuhraya Pan Borneo, malam tadi.

Chang Chun Jie, 26, yang memandu Kia Forte meninggal dunia di lokasi kira-kira 9 malam Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, dua lagi kenderaan terbabit nahas itu ialah Toyota Hilux dan Nissan Navara.

“Kejadian di ‘P Turn’ berdekatan Kampung Jugan itu membabitkan enam mangsa dengan seorang meninggal dunia, empat cedera ringan, manakala seorang lagi tidak cedera,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada 9.09 malam tadi.

Menurutnya, mayat mangsa tersepit dalam kereta itu diserahkan kepada polis selepas dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.