
Sebaliknya, kebanyakan akar umbi berpandangan tindakan Tengku Zafrul adalah wajar.
“Eloklah keluar kalau tidak ada kesetiaan di dalam parti,” katanya pada sidang media di London, lapor Bernama.
Zahid juga tidak mahu mengulas mengenai mengganti Tengku Zafrul sebagai menteri, mengatakan beliau mahu perkara itu dibincangkan kerajaan secara dalaman.
“Elok kita adakan perbincangan secara dalaman supaya tidak timbul interpretasi yang pelbagai dalam perkara ini,” katanya, yang juga timbalan perdana menteri.
Terdahulu, Zahid berkata Umno mahukan satu jawatan menteri diberikan kepada parti itu atas anggapan Tengku Zafrul memegang portfolio menteri kerana beliau daripadanya.
Tengku Zafrul pada Jumaat mengumumkan beliau melepaskan keahlian Umno dan hasrat sertai PKR, selepas mengambil kira pelbagai faktor terutama keserasian dan kesesuaian.
Spekulasi berkait kedudukan politik Tengku Zafrul sering dibangkitkan kebelakangan ini kerana tempohnya sebagai Ahli Dewan Negara akan tamat Disember.
Beliau merupakan menteri pelaburan, perdagangan dan industri dalam pentadbiran Anwar Ibrahim.