
Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata rampasan itu dilakukan Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Kota Bharu pada 10.30 pagi di Kampung Babong, hasil risikan dan maklumat awam.
Katanya, pemeriksaan lanjut di rumah dan but kereta Toyota Inova yang berada di lokasi berkenaan menemukan sejumlah 1.72 juta batang rokok.
“Siasatan awal dipercayai kenderaan terbabit digunakan untuk mengedar rokok berkenaan kepada pelanggan.
“Modus operandi yang digunakan sindiket berkenaan adalah menjadikan rumah sewa sebagai tempat penyimpanan rokok seludup sebelum ia diedarkan kepada pelanggan.
“Nilai keseluruhan rampasan rokok berjumlah RM1.48 juta termasuk cukai dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya menerusi kenyataan media hari ini, lapor Harian Metro.
Beliau menggesa orang ramai membantu pihaknya memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.
“Kita ingin menasihatkan masyarakat supaya tidak membabitkan diri dengan aktiviti berkenaan.
“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.