Polis siasat penunggang motosikal bergaduh di Dataran Merdeka

Polis siasat penunggang motosikal bergaduh di Dataran Merdeka

Siasatan dilancarkan selepas video tular memaparkan kumpulan penunggang motosikal bergaduh di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad.

rempit gaduh dataran
Polis berkata tindakan sedang diambil berkait kejadian video tular pergaduhan sekumpulan penunggang motosikal di Dataran Merdeka pada malam Jumaat lalu.
PETALING JAYA:
Polis menyiasat satu kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan penunggang motosikal yang dilaporkan berlaku di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pihaknya menjalankan siasatan selepas mengesan satu video tular pergaduhan tersebut.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima, tetapi video tular ini sedang dalam tindakan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Terdahulu tular satu video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berkumpul di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka sebelum pergaduhan tercetus antara mereka.

Dalam video itu menunjukkan beberapa lelaki berbalas tumbukan dan membeli topi keledar antara satu sama lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.