
AKPS memaklumkan, lebih 400 individu dari Bangladesh, Pakistan, dan India diperiksa dan didapati 105 daripada mereka tidak memenuhi syarat kemasukan lalu diarahkan pulang.
“Taktik yang digunakan adalah mengaku hanya transit di Malaysia sebelum menuju ke negara ketiga,” kata AKPS dalam kenyataan.
“Namun, hasil siasatan bersama syarikat penerbangan mendapati tiket penerbangan ke negara ketiga dibatalkan sebaik sahaja mereka menaiki pesawat ke KLIA. Ini satu daripada helah yang bertujuan mengaburi pegawai imigresen.”
AKPS berkata, pihak akan terus mempertingkatkan pengawasan di semua pintu masuk negara, menambah baik mekanisme semakan serta melakukan saringan teliti terhadap setiap individu yang masuk atau keluar dari Malaysia.
Pihak AKPS tidak akan kompromi dengan mana-mana pihak, termasuk pegawai yang cuai atau bersubahat, dan tindakan tatatertib serta undang-undang tegas akan dikenakan, tambahnya.