PH-BN-GRS masih runding kerjasama menjelang PRN, kata Anwar

PH-BN-GRS masih runding kerjasama menjelang PRN, kata Anwar

Perdana menteri berkata hubungan kerajaan persekutuan dan kerajaan Sabah harus intim demi rakyatnya.

anwar ibrahim sabah
Pengerusi PH Anwar Ibrahim bersama pimpinan PH Sabah selepas mempengerusikan mesyuarat di Kota Kinabalu, malam ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih berunding untuk membentuk bekerjasama menjelang PRN, kata Anwar Ibrahim.

Pengerusi PH berkata demikian di Kota Kinabalu malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat PH Sabah, menurut Bernama.

Anwar yang juga perdana menteri, berkata hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Sabah harus intim, dan saling percaya demi membela nasib negeri dan rakyatnya.

Sebelum ini, PH dan BN mengumumkan kerjasama pada PRN Sabah ke-17, yang mesti diadakan penghujung tahun ini.

Susulan pengumuman itu, GRS menyuarakan hasrat bergerak solo pada PRN jika kerjasama dua gabungan itu dimuktamadkan, sambil menegaskan parti tempatan perlu menjadi tulang belakang kerajaan Sabah.

Namun, pada 27 Mei, Ketua Menteri dan Pengerusi GRS Hajiji Noor berkata beliau mahu mempertahankan kerjasama dengan PH, mengatasi pertimbangan dengan parti-parti lain.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada hasrat Anwar mahu gandingkan PH-BN-GRS, berdepan PRN Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.